Skip to main content

Bola Sepak

Pelik! MVP tewaskan Sabah FK, bintang meningkat naik Man Utd hantar surat berhenti serta merta

MU

Baru berusia 15 tahun dan semakin mencipta nama -- menjaringkan 26 gol sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bawah 18 tahun (B-18) namun mengumumkan keputusan di luar jangkaan.

JJ Gabriel, prospek masa hadapan Manchester United menghantar surat berhenti dan mahu meninggalkan kelab serta merta meskipun baru melakar pencapaian besar dalam Liga Belia Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) selepas menumpaskan skuad muda Sabah FK.

Perkara itu mengejutkan orang ramai dan mendapat liputan seluruh media yang mahu mengetahui punca sebenar.

Kini, masa depannya bersama The Red Devils ibarat nyawa di hujung tanduk tatkala kelab England itu masih berusaha untuk berbincang menyelesaikan kemelut itu berikutan ubi muda itu masih memiliki kontrak.

Menurut laporan dalaman, Gabriel berpeluang diturunkan bersama pasukan utama di bawah kendalian Michael Carrick bertemu Brighton & Hove Albion awal pagi esok, namun bakal kehilangan tempat ekoran permasalahan itu.

Umum mengetahui, pembangunan di Man Utd antara yang terbaik di pasaran. Keputusan itu jelas merosakkan sedikit reputasi Man Utd berkenaan keyakinan pelapis untuk meneruskan pembangunan di situ.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement