Ia satu kebanggaan buat produk Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Mohamad Nawawi Mohamad, yang diserap masuk ke dalam program pelapis lompat tinggi negara.
Ia satu langkah permulaan bagi anak jati Kedah itu dengan sasaran utama pastinya memecahkan rekod peribadi iaitu 2.12 meter.
Advertisement
Kini berlatih di bawah bekas olimpian negara, Lee Hup Wei, Nawawi berazam menghadirkan saingan hebat terhadap atlet senior dan mendapatkan status atlet lompat tinggi nombor satu negara yang kini disandang Kuan Jhy Yunn.
"Saya memang memasang impian untuk menyertai skuad kebangsaan sejak berumur 16 tahun lagi.
"Secara peribadi sata kini menyasarkan untuk mencapai ketinggian 2.15m dan saya perlu konsisten dengan lompatan 2.20m.
"Saya juga melihat Aiman Ikhwan Yahya sebagai inspirasi saya. Walaupun dia adalah atlet senior, saya mahu menyamai prestasinya," katanya yang menyertai Terbuka Singapura, minggu ini.