"Kami akan adakan perbincangan."
Itu apa yang dikatakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, apabila ditanya mengenai status atlet berbasikal trek remaja kebangsaan menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026.
Advertisement
Ia susulan luahan Pengarah Teknikal PKBM, John Beasley, yang menyatakan ada kemungkinan barisan atlet kebangsaan tidak dilepaskan oleh persatuan negeri untuk mereka beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 yang bertindih dengan kejohanan di Belgium tersebut, Ogos depan.
"Kalau tak hantar, (satu perkembangan yang) tak bagus tapi kalau tak hantar untuk pasukan negeri bagi penyertaan Sukma, akan jadi masalah juga.
"Kami perlu cari keseimbangan dan adakan perbincangan dengan majlis sukan negeri, tapi pada akhirnya rata-rata pelumba negara di bawah mereka jadi adalah penting untuk dapatkan persetujuan mereka untuk dibawa ke Kejohanan Remaja Dunia," katanya.