Pelabur dalam permainan e-sukan Savvy Games -- yang didokong oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi -- hampir pasti mengambil kepetingan dalam industri e-sukan menerusi pembelian pembangun mudah alih China, Moonton.
Syarikat induk Moonton sebelum ini, Bytedance, bakal memuktamadkan penjualan itu dengan hasrat beralih ke arah pembangunan AI dan melepaskan kepetingan permainan video.
Advertisement
Pengambilalihan itu telah dinilai pada $6 bilion USD yang juga hampir dua kali ganda daripada apa yang dibayar oleh anak syarikat Savvy Games, Scopely, untuk mengambil alih pembangun Pokemon GO, Niantic tahun lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Savvy Games, Brian Ward, dalam satu siaran kenyataan: “Setelah selesai, ia akan mengukuhkan lagi kepimpinan kami dalam permainan mudah alih, memperdalam kumpulan bakat kami, mengembangkan kami secara global dan meningkatkan jangkauan kami dalam merentasi e-sukan.”