Skip to main content

Sukan Lain

PEKEMA, YAKEB santuni bekas pemain golf negara

samsudin

Lawatan tanggungjawab sosial korporat hasil usaha sama di antara Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyantuni bekas pemain golf negara, Samsudin Dingkil, semalam.

Samsudin kini dalam proses pemulihan selepas lima tahun diserang angin ahmar, yang perlahan-lahan membunuh perjalanan kariernya.

"Perjalanan saya amat berliku, terpaksa mengorbankan banyak masa, " kata Samsudin kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

"Sewaktu saya dalam pasukan kebangsaan dahulu, saya sudah berkahwin dan ada anak kecil. Adakalanya saya tinggalkan mereka sebulan untuk bermain dalam kejohanan.

"Kami dahulu bermain di seluruh negara, jadi setiap minggu akan ada kejohanan.

"Ada empat kejohanan besar di peringkat amatur, iaitu Sukan Asia, Sukan SEA, Piala Putra dan Piala Jepun.

"Saya dipilih untuk bermain dalam tiga daripada kejohanan itu. Saya hanya tidak bermain dalam Kejohanan Asia.

"Sewaktu kena (angin ahmar), langsung tiada tanda-tanda strok, saya kena sewaktu sedang memandu kereta hendak ke rumah abang saya di Bukit Antarabangsa.

"Tiba-tiba saya rasa macam hendak tidur, jadi saya klinik dan selepas keluar dari klinik saya terus lembik.

"Apabila kena strok, semua kita mahu harapkan orang tetapi sebenarnya tidak boleh, anda harus paksa diri untuk buat juga.

"Alhamdulillah kini saya sudah lebih sihat."


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video