Percaturan berbeza oleh lawan dalam set kedua sedikit sebanyak membuatkan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, tersentak di saingan final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis untuk bergelar naib juara baru-baru ini.
Impian untuk meraih dua gelaran berturut-turut itu tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, menerusi rubber set, 21-10,17-21,16-21 dalam tempoh satu jam empat minit pertarungan itu.
Namun, pencapaian mara sehingga ke final buat kali pertama sejak dinobatkan selaku juara di kejohanan yang sama pada 2022, sudah pun membanggakan, lebih lebih lagi selepas dinobatkan juara Terbuka Denmark 2026 minggu sebelumnya.
#FrenchOpen2026 WD | FINAL #JPN 🇯🇵 Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 1️⃣ def. #MAS 🇲🇾 Pearly Tan-M. Thinaah 2️⃣ 10-21, 21-17, 21-16 ⏱️ 1h 4m 🥈 SILVER MEDALLISTS! 🥈 Pearly-Thinaah fought fiercely against Japan’s defending champions Yuki-Mayu in a gripping three-game final, ultimately settling for silver after an intense 64-minute battle! 💪🏻💥 Four years after their title-winning run, Pearly-Thinaah return to the French Open podium, adding another memorable chapter to their journey. Take a bow, Pearly-Thinaah! ❤️🔥 #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia
— BAM (@BA_Malaysia) October 25, 2026
"Dalam set kedua saya rasa pihak lawan sudah tukar strategi mereka, ia membantu mereka berasa selesa untuk menang. Kami cuba bangkit namun mereka mendahului dengan mata yang agak jauh jadi ia membantu menaikkan tahap keyakinan mereka." kata Thinaah.
"Kami mengambil banyak perkara positif ke kejohanan ini daripada kejohanan sebelum ini, kami kembali raih momentum dan saling mempercayai satu sama lain. Bertemu pihak lawan bukan mudah, kami agak perlahan dalam set penentuan dan ia menghukum kami." tambah Pearly.