Pasangan naib juara dunia, Pearly Tan dan M. Thinaah, secara rasmi dilantik sebagai duta jenama U Mobile berkuat kuasa hari ini.
Menerusi program Meet and Greet yang diadakan di Flagship Store U Mobile di sebuah pusat membeli-belah, syarikat telekomunikasi itu mengambil inisiatif membuka peluang kepada peminat untuk beramah mesra secara lebih dekat dengan gandingan nombor dua dunia berkenaan.
Pelantikan itu dilihat amat tepat memandangkan kedua-dua pemain bertaraf dunia berkenaan memiliki pengaruh luar biasa dalam kalangan pencinta sukan badminton.
Seiring dengan gaya hidup atlet masa kini, U Mobile melihat ciri-ciri dan kriteria yang ada pada kedua-dua pemain negara ini bertepatan dengan tawaran pelan baharu U Mobile Ultra Postpaid, yang menyediakan kelebihan seperti perayauan (roaming) global percuma dan akses rangkaian utama.
Program itu turut mendekatkan Pearly dan Thinaah dengan peminat sukan nombor satu negara itu menerusi aktiviti interaktif seperti sesi cabutan bertuah dan soal jawab.
Sebagai sebuah syarikat tempatan, U Mobile komited untuk terus menyokong bakat sukan tempatan, sekali gus memainkan peranan positif dalam memacu kemajuan atlet negara ke peringkat tertinggi.
Selain itu, U Mobile turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang terbuka kepada orang ramai, antaranya permainan Ultra Smash Game dan ujian kepantasan Ultra 5G Speed Test.