Skip to main content

Bola Sepak

PDRM terima 45 laporan berhubung pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya

7
Advertisement

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan setakat ini telah menerima sebanyak 45 laporan melibatkan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Malah, lapan individu juga telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Advertisement

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, menjelaskan: "Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan setakat ini lapan rakaman percakapan juga sudah diambil untuk membantu siasatan lanjut." katanya seperti dilaporkan media tempatan.

 

Advertisement

 

 

 

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC).
 

Must Watch Video