Skip to main content

Bola Sepak

Paulo Josue tiada rancangan pulang ke Brazil, tekad tabur bakti di Malaysia

Paulo Josue tidak rancangan pulang ke Brazil, tekad tabur bakti di Malaysia

Penyerang naturalisasi negara, Paulo Josue, kekal setia bersama Malaysia apabila tidak merancang untuk pulang ke Brazil selepas bersara, sebaliknya mahu terus menabur bakti di Malaysia sebagai tenaga pengajar bola sepak.

Kapten KL City itu berkongsi perkara itu kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, namun masih berhasrat untuk terus beraksi sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun lagi dengan menjadikan Shukor Adan, Amri Yahyah dan Indra Putra Mahayuddin sebagai inspirasi untuk kekal kompetitif di peringkat tertinggi.

Josue menegaskan hatinya masih bersama KL City, namun mengakui terbuka untuk mempertimbangkan sebarang tawaran menarik pada masa depan.

Difahamkan, kontraknya bersama The City Boys masih berbaki sehingga hujung tahun ini dan buat masa sekarang, fokusnya adalah untuk terus berkhidmat bersama pasukan itu.

Untuk rekod, Josue telah bersama KL City sejak 2017 dan dianggap antara legenda kelab dengan gelaran 'Mr. Kuala Lumpur'.

Namun, pemain berusia 37 tahun ini melalui musim yang kurang memberangsangkan pada saingan 2025/26 apabila hanya meledak tujuh gol daripada 28 penampilan.

Prestasi itu turut dipengaruhi oleh kekurangan minit permainan dalam kesebelasan utama di bawah kendalian jurulatih Risto Vidakovic.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video