Pemain kelahiran Perancis, Paul Pogba, kini menceburi dunia perniagaan apabila menjadi salah seorang daripada pemegang saham dan duta kepada pasukan lumba unta profesional, Al Haboob, di Arab Saudi.
Arkitek tengah AS Monaco itu kembali dalam kancah bola sepak selepas hukuman penggantungan 19 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan positif doping pada 2023.
Advertisement
"Memiliki unta termahal di dunia suatu hari nanti akan menjadi momen terindah- sesuatu yang menyeronokkan, sesuatu yang bermakna dan mengujakan saya.
"Saya merupakan individu yang sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru dan cuba melakukan seuatu yang berbeza. Sama ada cara saya beraksi, atau cara saya mendekati kehidupan di luar padang.
Paul Pogba has partnered with the world’s first professional camel racing team.
The Monaco midfielder has joined Saudi Arabian team Al Haboob as an ambassador and shareholder.
Al Haboob, who compete in races across the Gulf Cooperation Council (GCC, which comprises Bahrain,… pic.twitter.com/mr5s5qCQ7a— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) December 10, 2025
"Pemikiran itu juga telah membawa saya ke dalam dunia perniagaan." katanya.
Selepas meninggalkan Manchester United secara percuma pada 2022, Pogba hanya membuat 12 penampilan sepanjang tempoh kedua bersama Juve.
Pogba membuat 157 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang dua musim bersama United, menjaringkan 29 gol dan mencatat 38 bantuan.
Dia memenangi Liga Europa dan Piala EFL bersama The Red Devils, sebagai tambahan kepada empat gelaran Serie A dan empat piala domestik dalam tempoh sebelumnya bersama Juventus.