Meskipun Korea Selatan memiliki kelebihan menerusi ranking lebih tinggi, namun Ivory Coast mudah menolak persepsi tersebut.
Ivory Coast melakar kejutan besar apabila memalukan Korea Selatan dengan kemenangan sensasi 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, semalam.
Seperti Senegal, Ivory Coast adalah antara sembilan negara Afrika yang akan bertanding dalam Piala Dunia 2026 ini bermula pada bulan Jun.
Advertisement
Evann Guessand menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 selepas diumpan masuk oleh Martial Godo, yang kemudian menjaringkan gol ketiga daripada lantunan bola sepakan sudut selepas 62 minit.
Giliran Simon Adingra mengumumkan kepulangannya ke pasukan dengan rembatan kencang pada minit akhir separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 2-0.
[FT] ๋ํ๋ฏผ๊ตญ๐ฐ๐ท 0-4 ์ฝํธ๋๋ถ์๋ฅด๐จ๐ฎ
์ค๋์ ํจ๋ฐฐ๋ ์์ฝ์ง๋ง, ๋ค์ ์ค์คํธ๋ฆฌ์์ ์ ํฅํด ๋ฌ๋ ค๊ฐ๋๋ค
โ๊ฒฝ๊ธฐ ์ผ์
๐ฐ๐ทv๐ฆ๐น#์ค์คํธ๋ฆฌ์ 4.01(์) 03:45
๐์ค์คํธ๋ฆฌ์ ๋น์๋ ์๋ฅธ์คํธ ํํ ์คํ๋์จ โฐํ๊ตญ ์๊ฐ ๊ธฐ์ค
๐บ TV์กฐ์ , ์ฟ ํกํ๋ ์ด, tvN#๋ํ๋ฏผ๊ตญ #์ถ๊ตฌ๊ตญ๊ฐ๋ํํ #์น์ ๊ฒฝ๊ธฐ pic.twitter.com/g9bRctuQjFโ theKFA (@theKFA) March 28, 2026
Dia telah diketepikan daripada skuad untuk Piala Negara-Negara Afrika (AFCON)di Maghribi pada awal tahun lalu, di mana pasukan Ivory Coast gagal mempertahankan gelaran mereka apabila tersingkir di suku akhir.
Pertahanan Wilfried Singo, seorang lagi pemain yang kembali dalam skuad, berjaya menjaringkan gol keempat.
Jaguh Asia yang dibintangi Son Heung-min, Lee Kang-in dari Paris Saint-Germain (PSG) serta Hwang Hee-chan tidak mampu membantu pasukannya mencipta kebangkitan sebaliknya terpaksa akur dengan persembahan lemau seluruh skuad.