Skip to main content

Bola Keranjang

Pasport hilang, bintang WNBA terlepas Piala Dunia Bola Keranjang

Pasport hilang, bintang WNBA terlepas Piala Dunia Bola Keranjang

Impian bintang WNBA, Li Yueru, untuk membantu China dalam Piala Dunia Bola Keranjang Wanita FIBA di Berlin berkubur selepas pasport miliknya hilang ketika proses penghantaran melalui pos di Amerika Syarikat.

Persatuan Bola Keranjang China (CBA) mengesahkan dokumen berkenaan tidak berjaya ditemukan sebelum tarikh akhir pendaftaran kejohanan, sekali gus menyebabkan pemain berusia 27 tahun itu tidak dapat melakukan perjalanan ke Jerman.

Piala Dunia Bola Keranjang Wanita bermula Jumaat dengan China dijadualkan membuka kempen menentang juara bertahan, Amerika Syarikat.

Li, yang kini beraksi bersama Dallas Wings dalam WNBA, meluahkan kekecewaannya menerusi media sosial.

“Sangat malang saya tidak dapat bersama rakan-rakan sepasukan kali ini,” katanya.

Pemain setinggi 2.01 meter itu turut mengucapkan terima kasih kepada CBA serta pihak kedutaan yang berusaha membantu mengesan pasportnya.

“Kami semua sudah bekerja keras bersama-sama dan mencari setiap penyelesaian yang mungkin, tetapi mungkin kali ini kami sedikit kurang bernasib baik,” katanya.

Li merupakan antara tonggak utama skuad China dan menjadi penjaring terbanyak pasukan itu pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau menyertai Dallas Wings pada 2025 selepas sebelum ini pernah beraksi bersama Seattle Storm, Los Angeles Sparks dan Chicago Sky dalam WNBA.

Di peringkat domestik, Li turut pernah mewakili pasukan Inner Mongolia dan Guangdong.

Ketiadaan Li pastinya menjadi tamparan hebat buat China, terutama menjelang pertemuan pembukaan menentang Amerika Syarikat yang dianggap antara pasukan pilihan utama kejohanan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement