Skip to main content

Para SUKMA

Para Sukma: Ubah persepsi terhadap OKU, kini macam selebriti

aaa
Advertisement

Dari Kampung Sungai Kuning Selama, Perak, ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Akmal Danish Mohamad Supi mengidam pentas tertinggi antarabangsa dengan menetapkan Sukan Paralimpik Los Angeles (LA) 2028 sebagai sasaran utamanya.

Advertisement

Selepas cemerlang memastikan emas pertamanya dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor menerusi kategori 80 kilogram lelaki dengan angkatan 137kg, Akmal Danish mendedahkan kesulitan yang terpaksa ditempuhi sejak 2019, kekurangan peralatan, tinggal di kawasan pedalaman yang memerlukan tempoh perjalanan yang panjang sekiranya mahu menjalani latihan di Ipoh.

Akmal Danish baru setahun menerapkan diri di bawah program latihan di Kompleks Sukan Kampung Pandan dan jika diberi pilihan, dia tidak mahu mengulangi lagi kesulitan yang pernah dialaminya.

Advertisement

Dia kini sudah menjalani latihan bersama rakan yang juga merupakan idolanya iaitu Paralimpian, Bonnie Bunyau.

Rasa rendah diri sudah tiada, melainkan impiannya yang menggunung untuk bergelar antara yang terbaik di Malaysia.

"Saya sudah menceburi sukan ini sejak berumur 12 tahun.

"Jurulatih dan keluarga banyak membantu saya menempuhi perjalanan jauh.

"Kalu boleh saya tidak mahu menempuhnya lagi.

"Saya dapat ubah persepsi orang terhadap golongan kurang upaya.

"Apa pun, saya akan terus tingkatkan prestasi," katanya.

Jurulatih, Freddy Yam, sebak mengenang kesulitan yang diharungi untuk mengangkat bakat Akmal Danish di tempat yang sepatutnya.

"Di kampungnya tiada gimnasium jadi saya hantar peralatan ke rumahnya supaya dia boleh teruskan latihan.

"Ketika dia berlatih di rumahnya, orang kampung datang tengoknya macam selebriti," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video