Renang sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian Muhammad Aisy Mazlan sejak bayi lagi.
Komplikasi ketika kelahirannya menyebabkan tangan kirinya tidak dapat berfungsi dengan sempurna, namun kekurangan itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya aktif dalam sukan.
Kini berusia 11 tahun, Aisy kini menjadi peserta termuda dalam kontinjen Selangor yang membawa misi untuk muncul juara keseluruhan Para SUKMA 2026 buat julung kalinya.
Buat ibunya, Fazilah Ahmad Fadzil, pemilihan Aisy dalam kontinjen Selangor ibarat satu sinar baharu buat anaknya.
Aisy telah beraksi dalam kategori S-8 sejak dua tahun lalu dan kini berpeluang membawa cabaran Selangor di pentas Para SUKMA.
Penyertaannya juga menjadi bukti bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk seseorang mengejar impian dalam dunia sukan.