Pemenang enam pingat emas acara renang Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, Durratun Musfirah Nor Ahmad, berkongsikan dorangan keluarga dan jurulatih memacu dirinya menyertai kejohanan dwitahunan itu buat pertama kali pada tahun ini.
Dia turut menjelaskan minat yang tinggi akan sukan air sejak usia enam tahun menjadi pencetus ibunya menghantar Durratun untuk menyertai kelas renang.
Selain kejayaan Durratun yang turut memecahkan tiga rekod kebangsaan, dia memacu kontinjen Selangor menjadi juara keseluruhan selepas merekodkan 93 pingat emas.
"Dahulu masa kecil-kecil, kalau saya jumpa air taknak balik, jika nampak air pancut di pusat beli-belah saya mahu mandi.
"Masuk kelas renang sejak usia enam tahun, kejohanan pertama Karnival MBPJ. Sasaran saya memang enam pingat.
"Sejak darjah tiga sudah sertai MSS untuk acara renang, saya tahu Para SUKMA pada tahun 2024. Apabila rakan-rakan dapat pergi, waktu itu saya juga mahu sertai.
"Pengurus pasukan menjadi dorongan, mereka suruh saya sertai Para SUKMA. Saya pernah merungut tidak mahu berlatih tetapi ibu banyak beri beri dorongan. Saya berlatih hingga berjaya." kongsinya.