Pengorbanan Bibiana Ahmad menahan lapar selama dua hari demi memenuhi had berat bawah 61kg berakhir dengan ganjaran paling manis apabila merangkul pingat emas acara powerlifting wanita.
Pencapaian ini disifatkan luar jangkaan selepas memilih untuk turun daripada kategori kegemarannya 67kg.
Ia secara tidak langsung menyaksikan Bibiana juga memperbaharui rekod kebangsaan menerusi angkatan seberat 86kg.
Baginya, pengorbanan itu berbaloi dan kini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi dengan harapan mampu melakukan angkatan lebih baik dalam kejohanan akan datang.
"Memang bergelut untuk turunkan berat badannya dan sepanjang dua hari itu, saya hanya minum air sahaja.
"Jadi (pengorbanan ini) berbaloi memandangkan saingan kategori ini lebih terbuka," katanya di Nadi Arena.