Skip to main content
Advertisement

Para Asia

Para Asia Aichi Nagoya : Pendatang baharu tidak gentar, nama besar mula tercabar

Para Asia Aichi Nagoya : Pendatang baharu tidak gentar, nama besar mula tercabar
Advertisement

Nama besar dan deretan pingat bukan lagi jaminan untuk tersu menguasai podium. Sukan Para Asia Aichi Nagoya 2026 membuktikan bahawa persaingan semakin terbuka apabila kemunculan pencabar baharu mula menggugat dominasi jaguh bepengalaman.

Situasi ini turut dirasai jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas peluang meraih emas keempat berturut-turut selepas terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara lontar peluru F20 apabila pencabar baharu dari Arab Saudi, Bader bin Ali bukan sahaja melakukan lontaran emas tetapi memecahkan rekod kejohanan milik Ziyad sendiri.

Advertisement

Ziyad Zolkefli akui kesilapan sendiri & terkejut berdepan Bader Ali kali pertama.. #AllianzMalaysia #NadiArena #AstroArena https://t.co/vgvWFOBYWp

— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) October 23, 2026

Tidak kurang menarik, seorang lagi wakil India, Nishad Kumar yang lebih sinonim dengan acara lompat tinggi berjaya meraih emas lompat jauhg T47 menerusi lompatan 7.11 meter dalam penampilan antarabangsa pertamanya dalam acara tersebut.

Namun disebalik kemunculan bakat baru, jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin masih berada di kelas tersendiri dan mempertahankan reputasinya apabila meraih emas kategori bawah 72 kilogram sekaligus memebuktikan pengalaman dan konsistensi tetap mempunyai kelebihan di peringkat tertinggi.

Advertisement

🔥🔥Bonnie Bunyau Gustin sumbang emas kedua negara!! 225 kg🔥 Biarpun gagal untuk cipta rekod APG baru pada angkatan 231 pada percubaan ketiga, namun sudah membuktikan yang terbaik!!🏋️‍♂️ Power💪🏿💪🏿 @ASTROARENA https://t.co/emHXrI8wCM

— Faizal Bazari (@faizalbazario) October 20, 2026

Apa pun, keputusan di Aichi Nagoya ini beri petunjuk bahawa perkembangan menarik telah pun bermula dalam sukan para Asia. Jadi sebagai negara yang sentiasa memberi cabaran hebat dalam sukan para, Malaysia perlu mencari pelapis atlit segera supaya kesinambungan itu berlaku dengan jayanya tanpa kehilangan pingat pingat yang sentiasa didominasi.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video