Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim, menganggap Peter Cklamovski sebagai individu yang masih relevan untuk terus membimbing skuad kebangsaan.
Walaupun skuad negara tidak lagi mempunyai misi besar selepas gagal layak ke Piala Asia 2027, rentetan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain.
Advertisement
Situasi itu menyaksikan skuad negara kini hanya memberi tumpuan kepada kejohanan serantau tahun ini iaitu Piala Hyundai ASEAN dan Piala FIFA ASEAN.
Terdahulu, segelintir pemerhati berpendapat sudah tiba masanya untuk melepaskan pengendali dari Australia itu selari dengan situasi semasa bola sepak negara.
"Dia harus teruskan ideanya. Sudah berapa lama jurulatih sudah ditukar?
"Kita kena tengok (semula) program terutama akar umbi.
"Semua pihak kena duduk di meja bulat untuk membincangkan pelaksanaannya," katanya.
Namun, Safiq menegaskan revolusi Harimau Malaya perlu diteruskan, tanpa mengira siapa yang akan menerajui pasukan selepas ini sama ada Persatuan Bolasepak atau Malaysia National Team (NT).
Bekas perancang tengah negara itu turut menekankan bahawa semua pihak harus memainkan peranan masing-masing demi kebaikan bersama.
"Tidak kisah sesiapa yang beri idea dan merevolusikan bola sepak. Kita haruslah beri sokongan untuk membangunkan bola sepak negara," katanya.