Skip to main content

Bola Sepak

Panas! Kontroversi aksi dihentikan serta merta tanda protes terhadap pemilik

Rayo
Advertisement

Perlawanan LaLiga antara Rayo Vallecano dan Athletic Club dihentikan pada hari Sabtu selepas penyokong tuan rumah melontar kapal terbang kertas dan bola getah kecil ke dalam padang sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab itu pada minit ke-13 permainan.

Perlawanan itu merupakan aksi pertama yang diadakan di Estadio de Vallecas bagi musim ini, yang sebelum ini ditutup sementara selepas satu audit mendapati wujudnya isu keselamatan yang serius.

Advertisement

Penyokong Rayo Vallecano menyalahkan kecuaian pemilik kelab, Raul Martin Presa, yang pula menuduh pihak berkuasa wilayah sengaja 'merosakkan' kelabnya.

Seramai lebih kurang 15,000 nyawa dipertaruh sejak tiga dekad lalu setiap kali aksi berlangsung di venue berkenaan.

Advertisement

LaLiga menyatakan dalam satu kenyataan di media sosial bahawa mereka mengecam keras tindakan itu yang membahayakan keselamatan dan menghalang perjalanan pertandingan.

Tarikh dan masa baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Sistem pembesar suara stadium menggesa penonton supaya tidak membaling objek ke dalam padang sementara kakitangan bertungkus-lumus membersihkannya.

Apabila permainan disambung semula tidak lama kemudian, penyokong di bahagian tempat duduk selatan sekali lagi melontar objek ke dalam padang, menyebabkan pengadil memutuskan untuk membatalkan perlawanan tersebut.

Kemarahan terhadap pengurusan Presa memuncak sejak kebelakangan ini susulan penutupan Stadium Vallecas bagi perlawanan-perlawanan awal musim Rayo di tempat sendiri.

Untuk pengetahuan, sebelum permainan bermula, Rayo Vallecano meraikan kecemerlangan penjaga golnya, Emil Audero, yang membantu Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA edisi perdana baru-baru ini. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video