Kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia, Piala Dunia 2026, telah melabuhkan tirainya namun beberapa kontroversi masih sedang hangat diperkatakan penyokong bola sepak dunia sehingga kini. Antaranya adalah:
1. Kontroversi membabitkan kad merah penyerang Amerika Syarikat, Folarin Bolagun.
Rumah Putih dilaporkan telah menghubungi Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, untuk meminta badan induk bola sepak dunia itu menyemak kembali kad merah yang dilayangkan kepada penyerang The Yanks, Folarin Balogun.
Malah, FIFA mengumumkan bahawa Bolagun layak beraksi buat AS dalam aksi kalah mati menentang Belgium meskipun tewas 0-3.
Perkara itu merupakan situasi janggal yang jarang berlaku dalam bola sepak.

2. Kawalan Imigresen yang ketat ketika kemasukan pemain di Amerika Syarikat mencuri tumpuan dunia
Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi mahupun kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, yang memasuki Amerika Syarikat tidak terlepas daripada menerima pemeriksaan ketat pihak berkuasa negara itu berbanding negara tuan rumah bersama lain seperti Mexico dan Kanada.
3. Cuaca panas ekstrem dan jerebu
Selain cuaca panas melampau mencecah 38 Hingga 40 darjah calcius di Amerika Syarikat sepanjang kejohanan berlangsung, asap tebal daripada kebakaran hutan di Kanada juga menyelubungi sebahagian besar kawasan timur laut Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan amaran kualiti udara menjelang final Piala Dunia 2026 antara Argentina dan Sepanyol di Stadium New Jersey.
4. Tiket saat akhir final cecah RM9 juta
Platform penjualan semula tiket yang diperkenalkan FIFA itu menawarkan harga serendah $6,900 (RM28,261) dan boleh mencecah $2.3 juta (RM9.42j) bagi kawasan premium.
Malah, sekeping tiket premium yang pada asalnya berharga $32,000 (RM131,068) di platform itu turut menjadi buruan peminat tegar yang tidak mahu melepaskan peluang menonton pertembungan di antara Lionel Messi dan Lamine Yamal hingga mencecah harga sehingga RM9 juta.
5.Muncul istilah 'VARgentina' dan 'Anak Emas FIFA'
Istilah ‘anak emas FIFA’ buat Lionel Messi dan ‘VARgentina’ buat julung kalinya muncul dalam edisi kali ini, mana tidaknya dikala video bantuan pengadil. (VAR) diperlukan, tetapi ketika aksi melibatkan Argentina pasti tidak akan digunakan pegawai permainan, hingga mencetuskan kontroversi melibatkan aksi ketika Argentina berdepan Mesir, Switzerland, England terutamanya.
6. FIFA masuk campur kes gaduh bintang Argentina-Sepanyol
FIFA telah melancarkan siasatan menerusi badan tatatertib mengenai insiden pergaduhan penuh huru-hara di antara pemain Argentina dan Sepanyol selepas wisel penamat dibunyikan dalam final Piala Dunia 2026.
Bintang Argentina, Leandro Paredes, tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, sebelum menolak Gavi jatuh membangkitkan lagi kemarahan La Roja.
Kedua-dua wakil pasukan berbalas tolakan dan terpaksa dipisahkan secara fizikal, dengan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni cuba menenangkan para pemainnya.

7. VAR rampas kemenangan Mesir, EFA buat aduan kepada FIFA
Persekutuan Bolasepak Mesir (EFA) mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjalankan siasatan terhadap mutu pengadilan pengadil selepas pasukannya tewas kepada Argentina dalam kempen 16 terakhir.
Perkara itu susulan jaringan Mostafa Ziko dinafikan video bantuan pengadil (VAR) selain sepakan penaltI yang diberikan kepada Argentina yang membawa kepada kemenangan skuad La Albiceleste dan mara ke suku akhir.
8. Tak setuju dengan FIFA, Presiden UEFA boikot perlawanan akhir
Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, enggan menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2026 susulan beberapa siri perselisihan faham antara badan pentadbir bola sepak Eropah itu dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa mengenai prosedur tatatertib, logistik pengadil, dan operasi perlawanan.
Satu perkara utama yang dipertikaikan ialah keputusan FIFA untuk menunda penggantungan satu perlawanan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, susulan dilayangkan kad merah.

9. Penangan memukau 48 pasukan di Piala Dunia 2026 – Presiden FIFA pertimbang 64 slot akhir pada 2030
Presiden FIFA, Gianni Infantino, akan mengkaji sebanyak 64 penyertaan pasukan pada Piala Dunia edisi 2030 selepas kejayaan format baru 48 pasukan pada Piala Dunia 2026.
Jika keputusan FIFA menambah kepada 64 pasukan bertanding, semestinya akan menjadikan penganjuran edisi 2030 sebagai Piala Dunia terbesar dalam sejarah.
10. Mexico dipaksa pulangkan semula jam Rolex RM4.4 juta
Para pemain Mexico terpaksa melupakan hasrat untuk menyimpan barangan mewah iaitu seutas jam tangan berjenama Rolex yang dianggarkan bernilai hampir RM4.4 juta yang dihadiahkan oleh pempengaruh Youtube dari Amerika Syarikat (AS), Stephen Deleonardis.
Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) mengarahkan semua hadiah tersebut wajib dipulangkan semula bagi mengelakkan sebarang isu tidak diingini berlaku. Ini disebabkan ada dakwaan pelanggaran peraturan.
