Skip to main content

Berita Sukan Am

Pagi Power Run serlah budaya gaya hidup sihat warga kerja Astro

j

Meneruskan misi membudayakan gaya hidup sihat, 'Pagi Power Run' kembali menemui warga kerja Astro dengan penyertaan lebih tinggi kali ini.

Bukan soal siapa paling laju atau siapa miliki catatan masa terpantas, tidak kisah sama ada berjalan, berjogging mahupun berlari -- inisiatif ini terus menyatupadukan kakitangan Astro menerusi medium sukan.

Advertisement

Lebih manis, acara larian pada hari ini turut berlangsung seiring bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Astro, Euan Smith.

Saya terasa bagaikan kembali berumur 30 tahun. Saya harap lebih baik lagi yang hadir.

"Astro sentiasa menitikberatkan soal kesihatan. Ia perlu memandangkan kita membawa semangat Home of Sports.

"Saya gembira makin ramai yang menghadiri sesi ini," katanya sebaik selesai lariannya.

 

Must Watch Video