Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Padah! Dua pemain digantung susulan provokasi melampau

Lyon

'Kelakuan tidak senonoh' oleh dua pemain dari Fenerbahce dalam perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Lyon bulan lalu membawa padah apabila Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menjatuhkan hukuman berat yang merugikan kelab.

Provokasi berlebihan melibatkan Matteo Guendouzi dan Mason Greenwood selepas tamat permainan mengundang insiden panas mengakibatkan kemarahan penyokong diikuti dengan pergaduhan ketika Guendouzi meninggalkan padang sehingga diserang penonton menuju bilik persalinan.

Guendouzi didenda 50,000 euro (RM244,000) dan digantung empat aksi dalam mana-mana kejohanan di bawah pengelolaan UEFA.

Sementara bekas bintang Manchester United itu pula dihukum 30,000 euro (RM146,000) dan digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, dua daripada empat perlawanan penggantungan Guendouzi ditangguhkan untuk tempoh percubaan selama setahun, manakala penggantungan satu perlawanan Greenwood turut tertakluk kepada tempoh percubaan setahun.

Fenerbahce mara ke peringkat akhir selepas mencatat kemenangan menerusi agregat 3-2 ke atas Lyon.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement