Bekas penyerang berprolifik AEL Limassol, Fernando Forestieri, diumumkan sebagai pemain kelab divisyen ena England, Oxford City pada usia 36 tahun.
Kenyataan kelab berkongsikan: "Kelab Bola Sepak Oxford City dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan penyerang Itali yang berprofil tinggi, Fernando Forestieri, tertakluk kepada kelulusan antarabangsa.
"Penyerang berpengalaman itu menyertai The Hoops selepas meninggalkan kelab Cyprus, AEL Limassol, sekali gus kembali ke kancah bola sepak Inggeris setelah melalui tempoh yang sangat berjaya bersama Watford dan Sheffield Wednesday." kongsinya.
Selain pernah menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) selama tiga musim, Forestieri turut pernah beraksi buat kelab di Eropah seperti Watford, Sheffield Wednesday, Udinese, Empoli, Genoa dan Malaga.
