Tatkala badan induk bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pada ketika berurusan penuh dengan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memperbaiki lompong semasa organisasi, kehadiran watak politik yang ingin mengetengahkan isu FAM ke parlimen dianggap hanya memburukkan lagi keadaan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Kamarudin Hassan, melihat campur tangan pihak ketiga dengan menjerumuskan FAM ke dalam senario politik mampu mencetuskan pelbagai risiko yang memburukkan lagi situasi FAM ketika ini.
Rasa cakna dan ambil berat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, terhadap isi semasa fam menimbulkan rasa hairan Kamaruddin yang melihat situasi itu sebagai usaha mengambil kesempatan pihak tertentu untuk mempolitikkan kemelut yang melanda FAM.
Ramkarpal dijangka menaikkan isu ini di parlimen pada 22 Kun depan.
"Dalam buku kongres FAM, setiap tahun ada laporan kewangan.
"Bila ada laporan kewangan, bermaksud adalah audit di buat.
"Orang politik memang macam itulah, di situlah nak ambil kesempatan untuk popularkan diri.
"Kalau betul tiada masalah. Jadi (atas) apa yang berlaku di FAM ketika ini nak dijadikan isu dan dibentangkan di parlimen, sepatutnya isu ini di antara FAM dan AFC-FIFA.
"Tidak perlu dibawa ke parlimen. (Kalau tidak) semua persatuan sukan di Malaysia ini (eloklah) dibawa ke parlimen (jugalah)," katanya.
Dalam pada itu, tiada halangan dari presiden kehormat fam tan sri hamidin mohd amin jika ramkarpal masih mahukan penjelasan terhadap laporan kualiti audit yang di keluarkan fifa serta afc.
"Itu hak dia. sama ada bagi atau tidak, terpulang kepada AFC atau FAM," katanya.