Skip to main content

Bola Sepak

Ong Kim Swee: Ini bukan jumlah mencukupi atau tidak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

OKS

"Kita harus berhemah.

Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee, menegaskan peruntukan kerajaan berjumlah RM18 juta kepada program itu perlu disusun dengan strategi yang lebih teliti.

Advertisement

Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan misi pembangunan bola sepak akar umbi negara tidak terjejas, susulan jumlah dana yang berkurangan berbanding tahun lalu.

"Saya boleh katakan, ini bukan satu jumlah yang mencukupi atau tidak mencukupi.

"Tetapi dengan jumlah itu, kami harus berhemah. Kami harus memikirkan aspek manakah yang lebih penting.

"Contohnya, setiap tahun ada kelayakan. Berkemungkinan jumlah pecahan itu melebihi sedikit.  

"Tetapi, bukan bermakna kami mengabaikan lapisan pemain lain. Kita harus melihat semua faktor," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, mengumumkan peruntukkan RM18 juta bagi pelaksanaan NFDP di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

Perbelanjaan itu meliputi pengurusan atlet dan jurulatih, pengurusan pusat latihan, pendedahan latihan serta penyertaan kejohanan selain aspek sains dan perubatan sukan serta khidmat sokongan.

Bagaimanapun, jumlah itu menyaksikan pengurangan berbanding RM26 juta yang diterima tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Ketika itu, dana berkenaan melibatkan pelaksanaan program seramai 16,221 pelatih dan 792 jurulatih menerusi rangkaian 79 akademi tunas, 63 pusat latihan daerah, 14 sekolah sukan negeri, sebuah akademi zon serta Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

"Tetapi, kami tidak mampu melakukan seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini.

"Kita akan cuba mendapatkan satu formula. Apa yang saya inginkan bahawa persatuan bolasepak negeri dapat membantu semua program.

"Dalam masa sama, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertandingan bawah 15 tahun (B-15) dan B-16.

"Ini memerlukan peruntukan yang lebih. Dengan jumlah yang diterima kini, kami cuba mengimbangi struktur yang lebih penting," katanya lagi. 

Must Watch Video