Skip to main content

Muay Thai

ONE Samurai: Jojo Ghazali cabar petarung Jepun di Tokyo

Shimon vs Jojo

Petarung muaythai negara, Johan Ghazali Zulfikar, akan menentang bintang Jepun, Shimon Yoshinari, dalam acara ONE Samurai 1 hujung bulan ini.

Perkara itu diumumkan ONE Champonship dalam satu kiriman media sosial semalam.

Advertisement

Acara itu akan dijalankan di Ariake Arena, Tokyo pada 29 April ini.

Sebagai rekod, Shimon memiliki rekod kemenangan bersih 4-0 dalam ONE Championship setakat ini dengan dua daripadanya kemenangan TKO.

Dia juga merupakan rakan satu gimnasium dengan juara dunia atomweight, Nadaka Yoshinari.

Jojo, dalam pada itu, memiliki rekod 8-3 dalam ONE Championship dengan pertarungan terakhirnya menyaksikan petarung negara itu menewaskan wakil Myanmar, Ye Yint Naung, dengan keputusan sebulat suara.

 

Must Watch Video