Skip to main content

Berita Sukan Am

ONE Fight Night 137: Kaki Tawanchai patah ditendang 'Spirit Dragon'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ONE Fight Night 137: Kaki Tawanchai patah ditendang 'Spirit Dragon'

'Spirit Dragon' Liu Mengyang meraih kemenangan terbesar dalam kariernya dalam acara utama ONE Friday Fights 137, menewaskan Juara Dunia ONE Featherweight Muay Thai, Tawanchai PK Saenchai dalam masa kurang seminit.

Pemain berusia 22 tahun itu berjaya mendiamkan penonton Stadium Lumpinee di Bangkok, Thailand, dan berjuta-juta penonton di seluruh dunia dalam pertandingan kickboxing featherweight ini.

Advertisement

Tawanchai tidak membuang masa untuk untuk mendominasi saingan, melontarkan tendangan tepat ke tengah yang membuatkan Liu terduduk seketika di atas kanvas.

Bagaimanapun, bintang China itu berpegang pada janji pra-pertarungannya dan membalas semangat lawannya dengan cara yang sama.

Apabila perlawanan disambung semula, petarung Shunyuan Fight Club itu bangkit untuk menjadikan pertembungan ini sebagai satu pertunjukan yang luar biasa.

Ketika perlawanan berbaki dua minit, serangan Mengyang tepat ke arah kaki Tawanchai hingga memaksa dia terduduk di atas kanvas.

Walaupun usaha terbaiknya untuk terus berjuang, raja Muay Thai kategori featherweight itu tidak dapat bangun sebelum kiraan pengadil. Sebaliknya, Liu memperoleh kemenangan TKO melalui tendangan kaki pada tanda 52 saat.

Kejayaan Liu meningkatkan rekodnya kepada 35-7, dan memberikannya kemenangan ketiga di pentas global selepas kemenangan ke atas Shadow Singha Mawynn dan bekas juara K1, Masaaki Noiri dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Lebih penting lagi, petinju China yang menonjol itu mungkin telah mengukuhkan dirinya sebagai pencabar masa depan kepada Juara Dunia ONE Featherweight Kickboxing, Superbon.
 

Must Watch Video