Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai, Aliff Rakib, berkongsikan detik sukar yang dilaluinya sebelum menewaskan petarung veteran Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, malam tadi.
Aksi di Stadium Lumpinee, Bangkok itu menyaksikan petarung berusia 22 tahun ini mempamerkan aksi terbaiknya selepas lima pusingan sebelum melakar kemenangan menerusi knockout (KO).
"Saya yakin menang pusingan pertama, kedua dan ketiga. Tetapi apabila bertarung dengan Sam-A, saya sepak dia saya rasa sakit, dia sepak saya pun saya rasa sakit.
"Saya nak beritahu semua, tulang orang tua itu memang keras. Memang keras. Bahagian kaki saya semua rasa sakit.
"Saya nak beritahu semua, tulang Sam-A memang keras. Pusingan kedua saya sudah mula rasa, tetapi masih boleh bertahan.
"Masuk pusingan ketiga, setiap kali saya buat serangan saya pula yang rasa sakit. Dia pukul saya sakit, saya pukul dia pun saya sakit. Satu badan saya rasa sakit, cuma muka saya saja tidak pecah (berdarah),
"Sebab itu pusingan keempat saya kurang menendang. Saya nak sepak pun sakit. Rasa macam menendang batu" katanya dipetik dari media tempatan.