Petarung Jepun, Takeru Segawa, mengumumkan persaraan daripada dunia sukan tempur pada usia 34 tahun sejurus selepas menewaskan jaguh dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon, malam tadi.
Aksi One Samurai yang berlangsung di Arena Ariake, Tokyo, Jepun itu menyaksikan tumbukan demi tumbukan Takeru memastikan Rodtang i 'knockout' (KO) dalam pusingan kelima untuk merangkul gelaran ONE Flyweight Kickboxing.
Advertisement
LEGENDARY finale π Takeru knocks out Rodtang in the final minute of his retirement fight! @takerusegawa
Purchase the PPV NOW to catch the rest of the ONE SAMURAI 1 Main Card!#ONESAMURAI1 | π΄ LIVE NOW
π Global PPV π https://t.co/SymCf6lx05
π―π΅ Live on U-NEXT pic.twitter.com/mC763lQrI7β ONE Championship (@ONEChampionship) April 29, 2026
Aksi lima pusingan itu bermula penuh agresif buat kedua-dua petarung yang saling berbalas tumbukan, namun Rodtang kerap kali jatuh selepas diasak Takeru sekali gus menambah keyakinan petarung Jepun itu untuk menoktahkan pusingan terakhir dengan bergaya.