Laman media sosial One Championship berkongsikan kembali momen ketika jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor, melakukan serangan siku untuk menewaskan petarung dari Indonesia, Mohamad Redho Rocky di pentas ONE Friday Fight 138 awal Januari lalu.
Perlawanan di Stadium Lumpinee, Bangkok itu menyaksikan atlet kelahiran Sarawak itu menumbangkan pencabarnya menerusi knockout (KO) untuk melakar kemenangan kelima - ketiga berturut-turut- daripada enam pertarungan.
Advertisement
Rifdean dilihat sebagai petarung dengan pakej lengkap dengan memiliki teknik serangan variasi daripada aspek serangan siku, lutut dan tendangan yang berbahaya kepada lawan.
