Petarung Muay Thai Negara, Rifdean Masdor, jelas berada di tahap tersendiri apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Muhammad Redho 'Rocky', secara knock out (KO) dalam pusingan pertama acara ONE Friday Fights 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok malam tadi.
Rifdean hanya memerlukan 2 minit dan 35 saat untuk memastikan Redho tidak lagi berdaya untuk meneruskan pertarungan, sekali gus memastikan kemenangannya yang ketiga berturut-turut di arena itu.
Advertisement
Dalam temu bual di atas gelanggang, juara dunia B-23 tiga kali itu menjelaskan betapa dia berkeyakinan tinggi untuk menamatkan pertarungan itu dengan satu lagi kemenangan.
"Yang pertama, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua.
"Terima kasih kepada gimnasium, penaja dan penyokong saya.
"Saya katakan yang kali ini, saya akan menunjukkan yang terbaik dan apabila saya tunjuk, cip, cip, cip, cip, seperti yang saya katakan, KO, hahaa.
"Terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang menyokong saya, mari kita di sini."
STYLED on him π Rifdean Masdor stops Mohamad Redho in Round 1 for his third straight win! #ONEFridayFights138 | π΄ LIVE NOW π Live TV broadcast in 195+ countries (check local listings) π Also available on ONE YouTube and ONE Facebook (geo-restrictions may apply) π Also available on Watch.ONEFC.com (geo-restrictions may apply)