Atlet muay thai negara, Aliff Rakib, meneruskan rentak kemenangan buat kali kelima berturut-turut di pentas One Championship selepas menewaskan jaguh dari Lubnan, Ramadan Ondash, dalam aksi ONE Fight Night 38 di Bangkok, Thailand, hari ini.
Petarung berusia 21 tahun itu beraksi lebih agresif dengan menggunakan serangan tendangan, tumbukan dan lutut bagi mengasak Ramadan yang memberikan tentangan sengit itu.
Advertisement
Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak Aliff menerusi keputusan juri sekali gus menyaksikan wakil negara itu kini memegang rekod 8-2.
Dalam pada itu, Aliff bakal membuat perhitungan berdepan juara dunia kategori strawweight, Prajanchai Saenchai, bagi merebut tali pinggang kejuaraan dunia.