Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Onana terlibat kemalangan ngeri di Turkiye

Onana terlibat kemalangan ngeri di Turkiye
Advertisement

Penjaga gol Manchester United yang dipinjamkan ke Trabzonspor, Andre Onana, dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan di Turki, sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Insiden itu berlaku di jalan Yomra, berhampiran bandar pesisir Trabzon, ketika penjaga gol berusia 30 tahun itu dalam perjalanan pulang selepas membantu Trabzonspor menewaskan Rangers dalam aksi Liga Europa.

Advertisement

Former Manchester United goalkeeper Andre Onana was rushed to the hospital after he was involved in a crazy road accident in Turkey after their match last night. https://t.co/Ono7QR3KGE

— Edu footy (@Edufooty_cfc) October 23, 2026

Menurut laporan media Turki, sebuah kenderaan merempuh kereta yang dinaiki Onana bersama keluarganya dari arah belakang pada kelajuan tinggi, menyebabkan kenderaan itu melanggar sebuah lagi kereta di hadapan.

Pasukan kecemasan dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian sebelum Onana dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang tidak lama kemudian.

Advertisement

Presiden Trabzonspor, Ertugrul Dogan, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa keadaan penjaga gol berkenaan tidak membimbangkan.

“Andre Onana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal malam tadi. Tiada masalah dengannya dan kami mendoakan agar dia segera pulih,” katanya kepada media tempatan.

Gambar dari lokasi kejadian turut menunjukkan kerosakan pada bampar hadapan kereta Onana, selain serpihan kenderaan bertaburan di atas jalan.

Setakat laporan berkenaan, tiada maklumat lanjut mengenai keadaan ahli keluarga Onana yang turut berada di dalam kenderaan ketika kemalangan berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video