The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati Asri, lega dengan pencapaian dalam Kejohanan Berbasikal Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay City Velodrome, Filipina apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi saingan pecut berpasukan wanita.
Olimpian itu bersama Anis Amira Rosidi dan Nur Alyssa Farid berjaya memperbaharui rekod dalam ACC 2025 dengan pungutan 48.086s, sekali gus merangkul pingat perak di belakang juara, China.
Advertisement
"Masing-masing mahu mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Kami memiliki peranan tersendiri untuk memperbaiki catatan supaya boleh memecahkan rekod kebangsaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Sementara itu, pelumba berusia 22 tahun itu bersyukur prestasinya kali ini berhasil diterjemah kepada keputusan yang baik meskipun gagal mempertahan emas menerusi acara keirin.
Dengan koleksi dua pingat perak cukup untuk memberi tonik tambahan kepada Izzah dalam mendapatkan persembahan yang sebenar, sekali gus kembali menggegar saingan trek dunia.
"Saya ambil itu sebagai pengajaran supaya boleh belajar daripada kesilapan.
"Perlumbaan sangat mencabar kerana melibatkan pelumba terkemuka dunia.
"Ada sedikit kesilapan, namun saya akan segera bangkit selepas ini," katanya lagi.