Skip to main content

Olahraga

Olahraga Terbuka Malaysia: Kuartet negara hanya dibezakan 0.13s dengan rekod kebangsaan

azeem fahmi

Kuartet negara hanya dibezakan 0.13s untuk memperbaharui rekod kebangsaan ketika menjuarai acara 4x100m dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium UPM hari ini.

Mewakili Majlis Sukan Negara (MSN), kuartet itu, yang dibarisi Azeem Fahmi, Danish Iftikhar Roslee, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Armin Zahryl Abdul Latif, mencatatkan 39.16s untuk bergelar juara dan kian hampir memecahkan rekod kebangsaan, 39.03s.

Pelari utama, Azeem, yang baru pulang dari Amerika Syarikat, menganggap catatan itu sebagai permulaan terbaik buat mereka dan menjadi bayangan barisan yang akan mewakili negara dalam Kejohanan Olahraga Asia B-23 di Ordos, China bulan depan.

"Sebenarnya kami semua hampir sebaya. Armin 21 tahun, Auf 21 tahun, saya 22 tahun dan Danish pula sedikit lebih muda, jadi ia tidak mendatangkan masalah kerana kami sudah berlari sesama sendiri sejak di bangku sekolah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Keserasiannya sudah ada, fokusnya ketika ini adalah untuk melaksanakannya dalam setiap perlumbaan dan peluang yang kami ada.

"Saya amat positif dengan pasukan ini dan apa yang akan kami capai pada masa akan datang."

Tempat kedua menjadi milik Malaysian University (40.02s) manakala kuartet Johor (40.41s) pula memenangi tempat ketiga.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video