Pelari kelahiran Sabah, Ayrish Qisya Shahrul Alyandy, mencipta sensasi tersendiri selepas memadam rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 bagi acara 100 wanita B-12 di Stadium Darul Makmur, Pahang, sebentar tadi.
Ayrish mencatatkan catatan masa 12.83s (saat) sekali gus memperbaharui catatan yang dilakar atler Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Irdina Madihah Mohamed Rafaie dengan catatan 12.97s pada 2025.

Melengkapkan kedudukan podium adalah Adrina Muhammad Aminuddin (13.10) dari Wilayah Persekutuan Putrajaya di kedudukan kedua dan Rynna Nasir (13.11s) dari Sabah.