Skip to main content

Olahraga

Olahraga Malaysia umum senarai jurulatih baru

SNBJ

Olahraga Malaysia (MA) mengumumkan pelantikan barisan kejurulatihan tempatan bagi musim 2026/27 sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula sistem kejurulatihan badan induk tersebut.

Dalam struktur baharu ini, Mohd Manshahar Abd Jalil dilantik sebagai Ketua Jurulatih Lompatan dan turut berperanan sebagai penyelaras program kejurulatihan bagi memastikan pelaksanaan program latihan, pemantauan prestasi serta dokumentasi program berjalan secara selaras mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MA.

Advertisement

Pelantikan barisan jurulatih ini dibuat selepas melalui proses penilaian dan temu duga yang dijalankan oleh panel bebas bagi memastikan individu yang dipilih memiliki pengalaman, kepakaran serta kemampuan untuk membimbing atlet negara ke tahap yang lebih tinggi.

Barisan Jurulatih Podium yang dilantik adalah seperti berikut:
1. Mohd Manshahar Abd Jalil
2. Mohd Nizam Md Yusof
3. Mohamad Ali Hamid
4. Zainuddin Yusoff
5. Ahmad Firdaus Salim

Sementara itu, bagi memperkukuhkan pembangunan atlet pelapis kebangsaan, MA turut melantik barisan Jurulatih Pelapis seperti berikut:
1. Lee Hup Wei
2. Muhammad Hakimi Ismail
3. Tan Song Hwa
4. Lo Choon Sieng
5. Hisham Mustaza Ibrahim
6. Mohd Jironi Riduan
7. Roslinda Samsu

MA turut menetapkan sasaran pembangunan untuk dua kitaran Sukan SEA sebagai langkah memperkukuh prestasi atlet negara melalui kepakaran jurulatih tempatan.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video