Setiausaha Agung Olahraga Malaysia, Nurhayati Karim, mengesahkan pihaknya sudah memiliki senarai pendek calon yang bakal mengisi 20 kekosongan jawatan jurulatih kebangsaan.
Seramai 35 orang jurulatih tempatan disamping 20 jurulatih asing akan dipanggil menjalani sesi temu duga yang dijadualkan pada 16 Februari depan.
Advertisement
Dia turut memberikan jaminan, sesi temu duga itu akan dijalankan secara telus demi memastikan hanya yang berkualiti sahaja bakal dipilih.
"Cara yang kami akan kendalikan semua permohonan yang diterima adalah menerusi satu temuduga yang akan diadakan Bersama agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan MA juga terlibat sebagai panel dan pihak bebas.
"Kami akan berikan keutamaan dalam skuad kebangsaan, jika ada kekosongan dan keperluan maka dengan perbincangan dengan MSN kita akan lihat bagaimana dengan pakar dari luar negara," katanya.
Dia turut memaklumkan seramai 18 orang peserta sedang menjalani sesi kursus tenaga pengajar olahraga dunia CECS tahap 1 di Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Februari depan.
"Untuk makluman kursus hari ini adalah kursus yang pertama kali diadakan dan khas dibawa ke Malaysia.
"Kami di MA ambil masa setahun untuk berbincang akan keperluan untuk bangunkan olahraga, jadi perlukan jurulatih bertauliah. perlukan tenaga pengajar yang mencukupi, Kami harus mereka boleh lulus." tambahnya.