Skip to main content

Bola Sepak

NWL: Sabah rai gelaran kedua biarpun rekod 'invincible' tak jadi kenyataan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola sepak

Hasrat Sabah untuk menamatkan kempen Liga Wanita Nasional (NWL) 2025 musim ini tanpa kekalahan tidak kesampaian selepas tewas di tangan Selangor 0-1.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menjadi saksi rekod tanpa kalah Sabah lebur dalam perlawanan terakhir liga yang memasuki edisi ketiga itu, malam tadi.

Advertisement

Namun, kekalahan itu tidak menggugat mereka daripada menaiki takhta musim ini selepas muncul juara menerusi 37 mata hasil daripada 14 perlawanan, manakala Selangor sebagai naib juara.

"Ini kali pertama saya bertindak sebagai ketua jurulatih. 

"Kami kembali merampas gelaran selepas kali terakhir memenanginya pada 2023.

"Kami akan berehat sebulan dan akan mungkin menambah empat pemain import lagi, kami akan menggunakan sepenuhnya kuota enam pemain import untuk Liga Juara-Juara Wanita Asia (ACWL)," katanya.

Sabah akur gawang mereka dibolosi tuan rumah pada minit ke-19 hasil jaringan kapten Selangor, Nur Ainsyah Murad.

"Kejayaan ini bukan mudah.

"Kami telah mengadakan persiapan sejak 2023. Setiap tahun kami mantapkan pasukan dan tahun ini kami membawa balik trofi NSL ke Sabah.

"Cuma apabila ada kuota pemain import diberikan, kami (menggunakan kesempatan ini dengan) mendapatkan kualiti pemain import yang baik," kata pengurus bola sepak wanita Sabah, Arziz Afizy Rumsani.
 

Must Watch Video