'Saya ingin buktikan sesuatu'
Itu impian ketua jurulatih baru Selangor Angels, Noraliza Sulaiman, menjelang Kejohanan Netball Super League (NSL) 2026 yang melangsungkan pemilihan secara terbuka di Shah Alam.
Advertisement
Sebelum ini hanya membawa pasukan akar umbi bola jaring Selangor, kini Noraliza menjangkakan cabaran besar untuk pengalaman peringkat kebangsaan pertamanya, sekali gus mengimpikan kejayaan di musim pertamanya ini.
"Saya agak gementar pada mulanya tetapi saya mengambil itu sebagai cabaran, ini Langkah pertama untuk saya ke peringkat tertinggi.
"Sekurang-kurangnya saya mampu membawa Selangor perbaiki kedudukan berbanding tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Noraliza juga menyifatkan peluang menghadapi ketua jurulatih yang lebih berpengalaman bakal dijadikan medan untuk dirinya meraih segala ilmu-ilmu baharu.
"NSL ini kami sedia maklum ramai jurulatih berpengalaman dan ada pengetahuan tinggi, saya mencabar diri saya ambil ilmu daripada mereka dan mengadaptasikan ke Selangor Anglers. Terima kasih kerana berikan saya peluang." katanya.