Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Firra Syuhada optimis kehadiran Noraliza Sulaiman mampu beri Selangor Angels nafas baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toto

Pemain berpengalaman Selangor Angels, Nur Firra Syuhada, yakin kehadiran jurulatih baru seperti Noraliza semestinya mampu memberikan nafas baru kepada pasukan.

Firra juga beranggapan siapa pun yang datang, pemain harus memainkan peranan penting untuk menterjemahkan apa yang direncanakan, lebih-lebih lagi Selangor Angels kali ini yang bakal dibarisi campuran pemain berpengalaman dan juga muda untuk hadapi musim ini.

Advertisement

Untuk rekod, dalam dua musim pertama menyaksikan Angels menamatkan saingan NSL di tempat ketiga sebelum saingan bertambah sengit pada 2023 dan Selangor hanya mampu menempatkan diri di tempat ke-4.

Pada 2025, Selangor terpaksa akur berada di kedudukan kelima sahaja mengekori Perak, Johor, Putrajaya dan juara KL Wildcats.

"Saya rasa setiap jurulatih ada taktikal tersendiri dan kelebihan, saya yakin apa yang dipilih Selangor untuk kemudia pasukan adalah yang terbaik.  

"Kali ini ramai pemain baru, yang turun memang berbakat. Sangat bagus daripada segi kecergasan dan Teknik. Mungkin ramai pemain baru dan mungkin akan memberikan kejutan." tambahnya.

Must Watch Video