Skip to main content

Advertisement

Bola Jaring

NSL: Bekas import Putrajaya Dynamites jadi taruhan Pahang Tulips

pahang tulips

Tahun demi tahun kita dapat lihat bagimana kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Netball Super League (NSL) mempertingkatkan gaya dan mutu kejohanan itu dengan menambah baik pasukan daripada pelbagai aspek, termasuk barisan pemain yang mewakili mereka.

Antara yang menarik perhatian untuk musim ini ialah Fattimah Dino dan Hlatshwayo Muhluri, yang berjaya membantu pasukan Putrajaya Dynamites mara ke perlawanan final tahun lalu, dipilih untuk memperkuat pasukan Pahang Tulips pula bagi edisi kali ini.

Advertisement

Kehadiran dua individu itu dijangka memberi impak positif kepada Tulips, dengan pengalaman dan kredibiliti mereka bermain di atas gelanggang dan semestinya gabungan bersama pemain tempatan yang berkualiti, bakal pacu pasukan memperbaiki kedudukan Tulips -- ke-5 tahun lalu -- ke kedudukan yang lebih baik.

Namun, cabaran berbeza menanti musim ini kerana beberapa nama besar dalam dunia bola jaring antarabangsa seperti Laura Langman dan Gretel Bueta turut menghiasi saingan.

Selain itu, bekas pemain import terbaik, Nassanga Shadia, juga turut serta untuk kembali memeriahkan liga.

Ini menjanjikan aksi menarik dan lebih perlawanan kompetitif menanti anda dalam saingan NSL 2026. Dan untuk segala macam butiran lanjut mengenai saingan ini, anda boleh dapatkannya di platform media sosial Instagram (nsl.my). Follow now guys!

 

Must Watch Video