Skip to main content

Menembak

NSAM fokus perkasa pelapis negara, sasar bawa masuk jurulatih luar negara

s

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) serta pengurus pasukan menembak kebangsaan , Mejar (B) Jasni Shaari, mengakui akan menambah kekuatan dalam struktur pelapis kebangsaan apabila DNA jurulatih luar negara sedang dibincangkan bersama Majlis Sukan Negara untuk dibawa masuk.

Mejar Jasni berkongsikan perbincangan pada mesyuarat jawatan kuasa kerja hari ini tertumpu kepada persiapan penembak negara bagi menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun ini, selain sasaran Sukan SEA tahun hadapan.

Advertisement

Dia turut mengesahkan barisan penembak serta jurulatih sedia ada akan dikekalkan bersama skuad kebangsaan setelah prestasi mereka dilihat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Ketika ini, Mejar Jasni masih menaruh harapan yang tinggi kepada olimpian negara, Johnathan Wong, dalam laluan untuk ke temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Kami ambil perhatian, kemungkinan cari jurulatih asing buat mereka kerana tumpuan banyak tertumpu pada podium.

"Ada jurulatih dari luar negara dan tempatan, tetapi yang dibawah ini kebanyakan nanti berlatih tidak setaraf dengan yang di atas.

"Kami memang tujukan kepada Jonathan untuk layak, prestasi dia terbaik untuk capai pencapaian kuota. jika menambak tiada kuota dia akan pilih ranking." katanya.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video