Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Tenis

Novak Djokovic angkat kaki daripada PTPA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Novak Djokovic angkat kaki daripada PTPA

Pengasas bersama Professional Tennis Players Association (PTPA), Novak Djokovic ambil keputusan untuk angkat kaki daripada kesatuan pemain tersebut gara-gara mempersoal tahap ketelusan pengurusan persatuan selepas ianya ditubuhkan pada 2021 bersama-sama dengan pemain Kanada, Vasek Pospisil.

Pada Mac 2025, pihak PTPA melancarkan satu tindakan undang-undang ke atas badan pengurusan Jelajah Dunia ATP dan WTA menerusi rungutan berkaitan kebajikan pemain dan 'anti-competitive practices'.

Advertisement

Namun perkara itu dinafikan sekera-kerasnya pihak ATP dan WTA dan sedia untuk membidas dakwaan tersebut menerusi saluran undang-undang.

Djokovic yang kini memegang 24 gelaran grand slam tidak bersetuju dengan tindakan PTPA dan atas dasar tersebut pemain yang mesra disapa 'The Joker' itu bertindak untuk tidak dikaitkan lagi dengan PTPA.

Pemain Serbia itu menerusi muat naik di laman X nya beranggapan, PTPA merupakan satu platform untuk mengukuhkan kebajikan pemain namun kini visi dan misi utama kesatuan tidak lagi sama seperti dahulu.

Antara bintang dunia yang turut menyelar tindakan undang-undang PTPA adalah pemain di ranking nombor satu dunia, Carlos Alcaraz yang mengkritik keputusan PTPA biarpun menyokong tujuan utama PTPA dalam membela kebajikan atlet tenis dunia.

Must Watch Video