Skip to main content

Olahraga

Nor Sarah positif bina rentak awal musim

olahraga

Jaguh lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi, menganggap tiada istilah selesa meskipun merekodkan catatan terbaik musim ini lompatan 3.80 meter, tetapi menamatkan saingan Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Taiwan di tempat ketujuh.

Bagaimanapun, Nor Sarah gembira dengan peningkatan tahap fizikal pasca kecederaan yang dialami tahun lalu.

Advertisement

Malah, dia menyifatkan prestasi dalam kejohanan itu menunjukkan indikasi positif terhadap perancangan jangka masa panjang jurulatih dalama usahanya melayakkan diri ke temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September.

Pengalaman dalam aksi pembukaan 2026 itu turut memberi maklumat tambahannya buatnya dalam aspek keupayaan menyesuaikan diri semula dan bersaing dengan atlet antarabangsa.

"Saya dapat mengulangi catatan terbaik musim ini dan menyamai ketinggian yang biasa saya lakukan.

"Walaupun masih belum mencapai catatan peribadi terbaik tetapi musim ini masih awal.

"Ada juga membabitkan faktor lain seperti galah dan persekitaran.

"Ini kerana bersaing dengan atlet muda, mereka lebih cenderung melakukan lompatan terbaik pada awal percubaan yang menyebabkan saya terpaksa menunggu lebih lama buat pertama kalinya.

"Jadi saya perlu bijak buat perancangan," katanya.

 

Must Watch Video