Atlet lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi, memberikan bayangan positif apabila mempamerkan prestasi terbaik bagi kejohanan pertama musim 2026 ketika menduduki tempat ketujuh Kejohanan Jemputan Lompat Bergalah Antarabangsa di Nantou, Taiwan dengan lompatan setinggi 3.80 meter baru-baru ini.
Meskipun tidak berada di podium, catatan itu menjadi petunjuk jelas peningkatan prestasi serta keupayaannya untuk bersaing lebih sengit di pentas antarabangsa.
Advertisement
Lebih penting, kejayaan itu menyuntik keyakinannya untuk terus memburu lompatan lebih baik dan memperbaiki pencapaian dalam kejohanan akan datang.
"Ini merupakan kejohanan antarabangsa pertama saya untuk 2026 dan ia merupakan pengalaman yang bagus kerana ia merupakan kali pertama saya beraksi dalam kejohanan padang, dan berselang beberapa hari ada kejohanan dalam dewan," kata Nor Sarah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Di sini saya mahu menguji diri untuk mendapatkan catatan semusim terbaik dan kemudian untuk acara dalam dewan, saya mendapatkan pengalaman walaupun tiada rezeki untuk mendapatkan catatan.
"Apapun, banyak perkara baru yang saya boleh belajar dalam kejohanan ini untuk mencapai rekod lebih baik dalam kejohanan akan datang."