Skip to main content

Hoki

Nor Saiful Zaini bukti kemampuan bawa skuad negara ke Piala Dunia

Dheereesh

Legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, membuktikan sentuhan berbisanya apabila mengemudi kemaraan skuad muda negara layak secara merit ke Piala Dunia Remaja 2027.

Nor Saiful Zaini, yang berperang dengan masa untuk mempersiapkan pasukan ampuh bagi mengharungi kempen Piala Asia Remaja 2026 di China, mengekalkan status nombor empat terbaik Asia dalam kejohanan itu.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melantik Nor Saiful Zaini sebagai ketua jurulatih skuad remaja negara pada Mei tahun lalu dan dia mengemudi skuad remaja negara ke Piala Dunia Remaja 2025 di Chennai, India sebagai halangan pertama.

Bagaimanapun, bagi kitaran musim 2026, Saiful membentuk skuad baharu dan usahanya membuahkan hasil apabila mengekalkan tradisi Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2027.

Mengulas mengenai kewibawaan kejayaan itu, pertahanan hoki remaja negara, G. Dheeressh, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Dia memang berasa lega dan gembira selepas kami layak ke Piala Dunia kerana itu sememangnya misi kami.

"Ramai pemain masih boleh bermain dalam Piala Dunia Remaja yang akan datang, jadi ia menunjukkan pembangunan kita semakin berkembang.

"Disebabkan kami sudah layak ke Piala Dunia, barisan kejurulatihan sudah berjanji bahawa program kami akan bertambah baik dan kami akan berlatih dengan lebih keras kerana kami mahu mendapatkan kedudukan lapan terbaik dalam Piala Dunia."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement