Skip to main content

Silat

Nor Farah tekad bukti keupayaan dalam kelas B puteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat

Pesilat wanita negara, Nor Farah Mazlan, antara atlet Program Podium yang mengekalkan kedudukan selaku wakil negara selepas memenangi pertarungan kelas B menentang juara kebangsaan Pahang, Nur Ayu Rohma Muhd Insan, sewaktu sesi pemilihan atlet elit negara kendalian Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) hari ini.

"Atlet hari ini merupakan juara-juara kebangsaan.

Advertisement

"Saya pernah beberapa lawan dengan Nur Ayu dan ia bukan mudah.

"Semua lawan yang dihadapi tidak boleh dipandang mudah," katanya di MSN Nilai, hari ini.

Dia mengakui saingan setara daripada kesemua atlet negara yang bertanding kerana mereka pastinya mahu menggunakan peluang terhidang untuk terpilih mewakili negara, jadi ia bukan sesuatu yang boleh diambil ringan buat atlet Program Podium.

Juara dunia dua edisi silat kelas A puteri itu juga nekad memperbaiki prestasinya pada tahun ini dengan pelbagai kejohanan berprestij bakal dihadapi sebelum tiba ke Sukan Asia Nagoya-Aichi 2026, September kelak.

"Tahun lalu saya beralih ke kelas B dan tiada tuah.

"Jadi tahun ini saya perlu bangkit semula dan buktikan kepada semua untuk memberikan pingat emas kepada Malaysia lagi," katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video