Skip to main content

Regatta

Nor Bakri bakal bersara selepas 22 tahun sumbang khidmat dalam penganjuran Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor bakri

Nama Muhamad Nor Bakri bukan asing lagi dalam penganjuran Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi selepas berkhidmat selama 35 tahun sebagai pembantu laut di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Sepanjang 22 tahun penganjuran regatta, dia tidak pernah sekalipun terlepas daripada terlibat dalam acara prestij berkenaan dengan pengalaman membawa tetamu dan peserta dari dalam serta luar negara menjadi misi penting untuk berkongsi kehebatan langkawi sebagai destinasi maritim terkemuka dunia.

Advertisement

Namun, segala kenangan itu akan menjadi sebahagian sejarah apabila Nor Bakri dijangkakan akan bersara pada bulan Disember ini selepas menginjak usia 55 tahun.

"Saya berkhidmat lebih kurang 34 tahun sebagai pembantu laut kanan, tugas saya membawa tetamu LADA dan pegawai yang dating serta membawa pegawai melawat projek ke pulau-pulau.

 

 

 

 

 

"Bermula regatta, saya membawa media, pegawai dan paling menarik dapat berjumpa pelayar dari luar negara serta mempromosikan Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan," katanya.

Dalam pada itu, protegenya, Mohd Annuar Jaafar, menyatakan banyak ilmu dan pengalaman diperolehi daripada Nor Bakri, dia turut berharap agar sosok tubuh  tersebut dapat berehat dan meluangkan masa dengan aktiviti bermanfaat selepas bersara nanti.

"Selama bekerja selama empat tahun, banyak perkara saya belajar mengenai bot. Nor Bakri berpengalaman, saya belajar banyak mengenai disiplin cara bekerja.

"Saya harap selapas ini dia berehat." katanya.

Must Watch Video