Skip to main content

Golf

NJDP: Amirah enggan letak tekanan, mahu kekalkan prestasi di A’ Famosa

amirah golf

Selepas muncul juara keseluruhan kategori perempuan dalam pusingan pertama, pemain golf remaja, Amirah Nur Hanania Afanizam, enggan menjadikan kejayaan itu sebagai tekanan apabila kembali turun beraksi pada Kejohanan Golf 100PLUS Malaysian Golf Association (MGA) National Junior Development Programme (NJDP) 2026 menjelang aksi pusingan kedua di Kelab Golf A’ Famosa, Melaka, bermula esok.

Amirah tampil dengan keyakinan tinggi selepas mencatat keputusan memberangsangkan dalam pusingan pertama di Kelab Golf Kinrara, Puchong, apabila melakukan 225 pukulan keseluruhan, 12 di atas par untuk muncul juara Perempuan B serta juara keseluruhan bagi kategori perempuan.

Pencapaian itu menjadi satu permulaan positif buat Amirah tetapi dia tidak mahu terlalu memikirkan kejayaan lalu.

Sebaliknya, dia memilih untuk memberi tumpuan kepada permainannya sendiri dan mahu turun beraksi dengan lebih tenang tanpa meletakkan sasaran yang boleh membebankan dirinya.

“Saya masih akan cuba sebaik mungkin dan saya tak akan meletakkan tekanan kepada diri saya  nanti,” katanya.

Amirah turut memiliki pengalaman beraksi di Kelab Golf A’ Famosa sebelum ini dan mengakui ia mempunyai cabaran tersendiri.

“Saya pernah main di sana. Lapangan di sana ada yang pendek dan panjang dan green speed di sana laju,” katanya lagi.

Kejohanan itu menawarkan tiga pusingan, di mana  Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah menjadi venue bagi pusingan ketiga sebelum pusingan akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari 27 hingga 30 Oktober depan.

NJDP 2026 menjadi platform buat 30 pemain untuk menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberangsangkan terpilih ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia (Malaysia Junior International Open) pada November tahun ini.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement